Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta    
 
Aduan/Maklum Balas Baharu   Aduan/Maklum Balas Baharu Semak Aduan/Maklum Balas   Semak Aduan/Maklum Balas Log Masuk Pelanggan   Log Masuk Pelanggan
  Daftar Baharu
Laman Utama| FAQ| Peta Laman| Pegawai Daftar Masuk   Saya ingin menggunakan English | B.Malaysia    
FAQ
Soalan - Soalan  Lazim:
  1. Apakah yang saya boleh adukan kepada Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS)?
  1. Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?
  1. Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberitahu maklumat peribadi?
  1. Apakah jenis aduan yang boleh diterima oleh CKAPS?
  1. Adakah semua aduan boleh dirujuk kepada CKAPS?
  1. Adakah CKAPS boleh mengambil tindakan terhadap pengamal perubatan / pergigian?
  1. Bolehkah saya memohon pihak CKAPS untuk memulakan saman ke atas KPJKS yang terlibat dalam aduan saya?
  1. Adakah pengadu akan mendapat hasil laporan siasatan CKAPS sekiranya siasatan dijalankan ke atas KPJKS susulan aduan yang dibuat?
  1. Apa yang perlu saya masukkan dalam aduan kepada CKAPS?
  1. Bolehkah pihak CKAPS membantu saya mendapatkan pengurangan caj, tuntutan ganti rugi atau pembayaran balik bil yang telah dikenakan?
  1. Apakah tindakan CKAPS kepada aduan saya?
  1. Berapa lamakah masa yang diambil CKAPS untuk membuat siasatan?
  1. Bagaimana cara untuk saya menyemak maklumat status aduan saya?
  1. Bagaimana cara membuat aduan?

 

Soalan - Soalan  Lazim:

  1. Apakah yang saya boleh adukan kepada Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS)?
CKAPS mengendalikan aduan terhadap 13 jenis Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (KPJKS) iaitu Hospital Swasta / Hospital Psikiatri Swasta / Pusat Jagaan Ambulatori Swasta / Rumah Jagaan Kejururawatan Swasta / Rumah Jagaan Kejururawatan Psikiatri Swasta / Rumah Bersalin Swasta / Bank Darah Swasta / Pusat Hemodialisis Swasta / Hospis Swasta / Pusat Jagaan Mental Masyarakat Swasta / Klinik Perubatan Swasta / Klinik Pergigian Swasta / Lain-Lain (Gabungan).
  1. Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?
Boleh. Walau bagaimanapun, perlu dinyatakan hubungan anda dengan pesakit dan anda perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada pesakit dan dilampirkan di dalam aduan. Pengadu perlu mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pesakit.
  1. Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberitahu maklumat peribadi?
Boleh, sekiranya aduan melibatkan kepentingan awam dan negara serta maklumat yang diberikan adalah mencukupi untuk membolehkan siasatan dimulakan bawah peruntukan perundangan yang berkaitan.
  1. Apakah jenis aduan yang boleh diterima oleh CKAPS?
 Sebarang aduan berkaitan kemudahan, perkhidmatan dan personel yang disediakan oleh KPJKS.
  1. Adakah semua aduan boleh dirujuk kepada CKAPS?
Semua aduan terhadap KPJKS berkaitan kemudahan, perkhidmatan dan personel boleh dirujuk kepada CKAPS. Walau bagaimanapun, jika didapati aduan melibatkan bidang kuasa agensi lain seperti Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu(BSKB), Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau lain-lain agensi, aduan anda akan dipanjangkan kepada pihak-pihak yang berkenaan.
  1. Adakah CKAPS boleh mengambil tindakan terhadap pengamal perubatan / pergigian?
Aduan yang melibatkan tata etika profesional dan kompetensi pengamal perubatan / pengamal pergigian berdaftar boleh dirujuk kepada Majlis Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Council (MMC)) / Majlis Pergigian Malaysia (Malaysian Dental Council (MDC)).
  1. Bolehkah saya memohon pihak CKAPS untuk memulakan saman ke atas KPJKS yang terlibat dalam aduan saya?
Tidak. Perkara tersebut adalah di luar bidang kuasa Akta 586 atau CKAPS
  1. Adakah pengadu akan mendapat hasil laporan siasatan CKAPS sekiranya siasatan dijalankan ke atas KPJKS susulan aduan yang dibuat?
Tidak. Hasil siasatan CKAPS adalah untuk kegunaan dalaman dan tidak akan diberikan kepada pihak lain kecuali atas perintah mahkamah.
  1. Apa yang perlu saya masukkan dalam aduan kepada CKAPS?
Aduan anda perlu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk membolehkan CKAPS menilai kedudukannya dan cara terbaik untuk membantu. Pengadu perlu membekalkan maklumat - maklumat peribadi seperti yang tertera dalam laman web MyCkaps. Sila nyatakan dengan jelas butiran aduan dan hasil yang dikehendaki. Berikan sebanyak mungkin maklumat termasuk  salinan-salinan surat atau dokumen yang berkaitan.
  1. Bolehkah pihak CKAPS membantu saya mendapatkan pengurangan caj, tuntutan ganti  rugi atau pembayaran balik bil yang telah dikenakan?
Sebarang bentuk pengurangan caj, tuntutan ganti rugi atau pembayaran balik adalah bergantung sepenuhnya atas budi bicara pihak KPJKS yang terlibat atau pengadu boleh merujuk aduan tersebut kepada peguam atau mahkamah sivil.
  1. Apakah tindakan CKAPS kepada aduan saya?
  • Myckaps.spab akan mengeluarkan nombor kes untuk rujukan setelah didaftar dalam sistem 
  • Myckaps.spab akan menghantar Surat Akuan Terima kepada pengadu dalam tempoh 1 hari
  • Pertimbangan yang teliti akan diberikan ke atas aduan yang diterima dan tatacara pengendalian aduan akan mengikut prosedur Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta pengendalian aduan terhadap KPJKS dengan merujuk kepada Akta 586] dan peraturan-peraturannya.
  • Surat arahan Grievence Mechanism (GM) atau penjelasan akan dikeluarkan kepada KPJKS yang terlibat, di mana KPJKS terlibat perlu memberi penjelasan kepada pengadu dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat dikeluarkan.
  • Sekiranya aduan tersebut memerlukan tindakan siasatan, kes akan dipanjangkan kepada CKAPS negeri untuk tindakan selanjutnya. Pengadu tidak akan menerima sebarang maklum balas untuk kes seperti ini.
  • Semua urusan surat-menyurat berhubung dengan tindakan yang diambil akan disalinkan kepada pengadu sebagai makluman, di  mana berkaitan
  1. Berapa lamakah masa yang diambil CKAPS untuk membuat siasatan?
Setiap aduan akan diambil tindakan sewajarnya mengikut ketetapan bawah Akta 586. Bagi kes-kes yang mudah, masa yang diperlukan adalah 30 hari. Walau bagaimanapun, bagi kes-kes  yang rumit dan melibatkan siasatan di peringkat negeri atau tindakan penguatkuasaan, ia mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk diselesaikan
  1. Bagaimana cara untuk saya menyemak maklumat status aduan saya?
Status aduan boleh diketahui melalui Semak Maklum Balas menggunakan nombor rujukan / kes yang telah didaftar di dalam sistem
  1. Bagaimana cara membuat aduan?

Timbalan Pengarah

Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta

Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 3, Blok E1, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 Putrajaya

  • Hadir sendiri ke CKAPS Ibu Pejabat atau CKAPS Negeri (bergantung kepada situasi semasa)
Penafian | Privasi & Polisi
Hak Cipta © 2014 Biro Pengaduan Awam
Recommended 1024 x 768. Internet Explorer 9 and above, Mozilla Firefox, Google Chrome.
Muat Turun Adobe Reader